Friday, October 4, 2024

Trip to Hatyai by Train 13-14 September 2024 - Misi JJCM

13-14 September 2024 (Jumaat-Sabtu)

Expenses short trip ke hatyai

Step ke Hatyai dengan Kereta api

1
. Beli ticket di kaunter (kaunter buka jam 9.15, waktu Malaysia). Masa beli kena Tunjuk passport /border pass, contoh nak beli untuk kawan, tapi kawan belum sampai, just bagitau saja beli ticket untuk kawan sekali tapi kawan belum sampai,(sambil Tunjuk passport kita), dia bagi ja beli ticket utk kawan. Kaunter di tiingkat 1. Imigresen bahagian bawah.

Info tambahan: Kaunter beli ticket di Padang besar ni dibuka jam 9.15 pagi - 10.30 pagi (waktu Malaysia), Dan 3.00-5.15 petang sahaja (waktu Malaysia)

Waktu tren Padang besar - hatyai :

 11.15 (waktu Malaysia),

 4.40 ptg(waktu Malaysia) Dan 

6 petang (waktu malaysia)

Hatyai - Padnag Besar:

7.25 pagi waktu Hatyai (8.25 waktu Malaysia)
8.55 pagi waktu Hatyai (9.55 waktu Malaysia)
2 petang waktu Hatyai (3 petang waktu Malaysia)

2. Kemudian beratur untuk ke Imigresen Malaysia, cop dulu, kemudian ke imigresen Thai pula, cop dulu, kemudian naik lah tren. Sampai di sana berjalan lah.

3. Nak balik Malaysia pula, sampai je Padang besar kena dengan bahagian Thai dulu kemudian kastam Padang besar. Kemudian steel.

Masa ni tak kena is white card, tempoh sampai Oktober 2024 ja tak kena isi white card.


1. Harga ticket tren dari Padang Besar ke Hatyai = RM8 (50 baht)/seorang

Sampai je tren station terus berjalan kaki ke kedai makan Kao Tod Decha menggunakan maps.me app (offline map), 

2. Makan kedai KaiTod Decha : 195 Baht (nasi Ayam , sirap, air kosong)


3. Berger 7e + air : 42 Baht (burger) + 7baht (air mineral): 49 baht         

4. Udang area lee garden plaza : 200 baht + 60 baht(air kelapa) : 260 baht

5. Naik grab ke ASEAN night Bazar (waktu petang ) : 122 baht/car

6. T-shirt anak2 3 helai : 285 baht + t-shirt bapanya 200b : 485 baht

7. Makanan sotong night bazaar : 7 x 20 baht = 140 baht

8. Pulang naik grab dari ASEAN night Bazar : 76 baht

9. Shopping kacang/makanan Kimyong market : 750 baht
10. Amazon coffee : 65 baht
11. ticket pulang ke Padang besar : 50 baht / seorang

12. Hotel Red Planet : 1 malam : RM106+/hotel

Total : 2292 baht = rm292.20 + hotel RM53 sorang = RM350 

Foto sekitar short trip hatyai

Beratur di imigresen/kastam Padang Besar


Hala pergi - beratur untuk imigresen Thailand

Makanan Restoran Kai Tod Decha

Seafood area Lee Garden Plaza

walking distance backpackers guna apps maps.me

Asean Night Bazar - naik grab aje

Beli ticket balik ke Padang besar

Last checkpoint, kastam malaysia

travel buddies

Berjaya beli untuk kawan yang belum sampai
Berjaya naik Tren Thai (tren ekonomi takda tingkap, kipas saja, ni suasana di dalam nya


Kaunter ticket Thai di padang besar belum dibuka, tapi dah ada yang beratur tau




Ini pula Susana di Hatyai Stesen


Ini dalam hotel Red Planet, masa ni dah nak check out


Ini dalam grab masa nak ke Asean Night Bazar



suasana tandas dalam tren thailand



makanan ASEAN night bazar

sotong bakar night bazar

Kerabu tiram

No comments:

Post a Comment