Thursday, January 9, 2020

Master of Science in Mathematics Education UiTM

Assalamualaikum,

Bagaimana boleh sambung Master setelah lama bekerja?,. Kisahnya, aku konvokesyen Bachelor degree oktober 2011, november 2011 aku masuk kerja. Dan memang la penah sembang2 dengan member serumah sewa around tahun 2012/2013, ajak member, ''wei, jom sambung master'', sekadar main2 di mulut.

Dan, kemuncaknya pada oktober 2016, ada satu 'booster (bos ca ya nun alip pandang rendah, gaji naik ciput' yang buat aku terus buka website ipsis uitm, terpapar postgraduate utk intake mac 2017, dan pembelian nombor pin telah pun dibuka, i terus pegi BSN bank (lunch hour) beli nombor pin RM50 dan isi online untuk apply master. Disember 2016 interview dan lulus dan kemudian aku masuk untuk intake mac 2017 dan bermulah lah kelas (Kerja sambil Belajar)

Apakah cabaran-cabarannya? Sudah tentu mencabar dari segi membahagikan masa, nak buat assignment, jumpa supervisor, buat article review dan etc. sangat mencabar sebab dah ada komitmen dengan anak, suami, mertua, mak ayah, pekerja dan macam2 lah. macam takdak life la..kalau keluar jalan2,..kepala otak fikir kerja assignment tak siap, huhu,

Kami adalah first batch untuk course ini. Daripada 20+ orang, dan graduate on time hanyalah kami 6 orang, yang lain ada yang berhenti, dan ada beberapa orang masih belum habis, insyaAllah nanti habis la tu...yang penting habiskan apa yang kamu mulakan.....

Best tak belajar? Best sebab bila belajar makin tinggi, makin luas ilmu ni sebenarnya dan banyak sangat cabang ilmu, sedar diri banyak benda yang tak tahu. yang belajar tu se'coet' je...segan nak bgtau ada Master, nanti orang anggap pandai, sebenarnya diri ni biasa saja, semuanya dengan bantuan Allah sudah tentunya dapat habiskan GOT.

Bagi yang sedang sambung belajar, tak kisah lah part time atau full time, ingat satu benda, bukan kebijaksanaan yang menentukan anda habiskan pengajian, tetapi semangat anda, mental anda, kepercayaan anda pada diri sendiri dan juga kebergantungan sepenuhnya kepada Allah dan niatkan belajar sebab nak ILMU....sekian