Tuesday, April 5, 2016

Beli rumah di Kota Damansara

5 April 2016

Bermulanya pencarian rumah di kota ini berikutan terasa beban dengan membayar sewa RM600 starting April 2014. Even dah ada house kat Kulim, itu untuk hari tua, bila rasa malas dok kota ni lagi...Januari 2016 saja je buka mudah.my layan iklan rumah subsale area kota damansara, scroll down and down, jumpa satu iklan ni Gugusan Dahlia, tingkat 2, seksyen 8, kota damansara RM 125 000,

Era 2016 ni susah dah nak jumpa harga tu, last try nak beli rumah subsale masa antara bulan Januari/Febuari 2014 tu kot, masa tu baru kahwin, ada rumah ixora tingkat 2, seksyen 7, kota damansara harga RM 115 000, dah buat personal loan bagai nak bayar deposit rumah, dah bayar booking 3%, lama juga usaha mendapatkan full loan, tup tup tak lepas full loan, lepas 87% je kot RHB, kena topup lagi, mana nak cekau, xda saving banyak camtu, and then cuba dgn CIMB guna tiga nama, tapi tak lepas sebab nama FIL ada dlm CCRIS. Takpelah, takde rezeki masa tu. Lupakan kisah di mana i have to merayu pada agen tu supaya pulangkan 3%, huhu,, nasib ada rezeki semula....boleh lah setelkan personal loan, lumpsump....FULL STOP.

Ok, berbalik kepada cerita beli rumah subsale Dahlia tu, lepas tengok iklan, terus contact agen tu nama Encik Zaki, sangat bagus dia ni, recommended. Dia kata, kalau serius bayar booking 3% (RM3750) sebab ramai orang que nak grab umah ni, then kebetulan kami orang pertama contact dia selepas saja iklan dia disiarkan, tanpa lengahkan masa, bincang dgn husband, pinjam la duit sesapa, pi la bayar booking 3% dan sekali jugak la view rumah tu pada 30/1/2016 (Sabtu). Bagi kami, semua ok ja memandangkan rumah sekarang makin mahal, tak sempat dah nak cerewet dan memilih-milih... So, after pay booking, takyah risau dah dia jual kat orang lain, jadi submit dokumen emel pada Kent untuk mendapatkan loan, puas juga agen ni tolong sebab husband gaji dia based on commission (installer maxis fibre broadband) and not a fixed salary dan juga berikutan rumah tu belum ada strata, jadi kebanyakan bank taknak bekerjasama, KECUALI Public Bank Islamic sahaja yang sudi memberikan loan. About 1 month ++ juga proses mendapatkan loan, dengan agen tolong mark up kan loan, cuba mark up 150K untuk dapatkan 90%, at last Mr Kent (recommended) , help us by mark up 130K and approved for 85%, Okay la daripada tak dapat loan langsung, topup 2K saja lagi, pergilah jumpa Kent and sign loan agreement, offer letter.

Macam-macam dugaan nak beli rumah ni, mulanya ada la saudara nak pinjamkan untuk deposit 10% plus lawyer fees bagai, tup tup tak sudi pulak, katanya kenapa tak buat loan ngan bank je, takpe lah, kami usaha untuk dapatkan personal loan untuk 10% deposit ni, pergi semua bank yang top top untuk buat XPRESS personal loan, kebanyakan tak sudi sebab husband gaji komisen dan tiada EPF, RHB express katanya tak terima yg xda EPF, CIMB xpress katanya tiada masalah tapi bunga (profit) 2% per month, mcm along berlesen, AEON credit ingatkan dapat, katanya 3 hari, tunggu punya tunggu, call lagi, katanya 7 hari paling lama, tunggu punya tunggu, tiada contact kami juga, kami walk in je kat AEON Credit Aeonbig kota dam tu tanya, dia kata, tak lulus, sepatutnya pihak diorang dah hantar mesej semalam, tapi tiada sebarang mesej diterima, frust dowhhh, last choice, i pujuk hubby, gi je la mintak tolong saudara yang mulanya dulu sudi tu, at last, dia ok, syukur......so, hubby gi wat draf cek, dan malamnya iaitu Khamis 31 Mac 2016, pergi ofis peguam di Taman Malawati, pergi lah sign SNP.
Lawyer Pn Amizah cakap, terang semua, so, dia kata after PKNS bagi approval letter, start lah tempoh 90 hari untuk follow up bank untuk disbursement bayaran 85% pada owner bank, . Kami tunggu je la dulu sekarang ni, Alhamdulillah..........nanti updated

Duit yang kena keluar

3% = 3750 (30Januari2016)- loan
7% = 8750 (31Mac2016)- loan
Topup = 2000 (31Mac2016) -loan
SNP lawyer = 2853 (31Mac2016)- loan
Loan lawyer fees = around RM 3225.58 (29Julai2016) -2dinar&bar
So, TOTAL = RM 20 578.58

MRTT included in loan, 85% loan = 110 500 + berapa K tah = total yang bank bagi pinjam ,
Bulanan = 570++  (confirm)















Thursday, February 4, 2016

Isu imunisasi anak/vaksin

Assalamualaikum,

Bagi sy, benda ni bergantung pada keteguhan pegangan pama tu sendiri,
Kalau hidup bergantung pada lindungan Allah, usah gentar dengan segala benda yang ditakut takutkan dengan benda yang akan datang, Ustaz buku la tahzan kata jangan di ramal benda yang akan datang, hidup sepenuhnya untuk hari ini,

Ya, mencegah itu perlu, tapi mencegahlah dengan suruhan Allah, bagilah susu ibu penuh 2 tahun, jaga pemakanan anak, amal makanan sunnah, agenda dajjal sudah tentu sudah meracuni makanan dengan macam-macam bahan bahkan tepung gandum pun sudah di 'bleach', tapi memang kita dah tak boleh nak elak dengan semua agenda depa ni, kalau nak makan, makan lah, tapi kurangkan dan have a balance dalam diet, senaman dan juga doa pada Allah minta dilindungi,

Kesimpulannya, bergantunglah sepenuhnya pada lindungan Allah. Allah dah cipta anak tu sebaik-baik kejadian, sihat dan sempurna lagi. Usah gentar, usah takut dengan ramalan yang bukan-bukan,usah takut dengan benda yang ditakut-takutkan.

Bergantunglah pada lindungan Allah. Ikhtiar ada banyak cara. Pilih dengan ilmu, tak pilih pun dengan ilmu.

Pilihan di tangan masing2, Stop budaya ikut-ikutan. Buat sikit pembacaan, kajian dan buat pilihan. Sekian, just my two cents.

Wednesday, February 3, 2016

Tahun baru 2016

Selamat Tahun Baru 2016

Semoga menjadi muslimah dan mukminah yang lebih baikAisyah getting 1 years oldYeah!

Update Rumahku Syurgaku di Taman Desa Cinta Sayang, Karangan, Kulim, Kedah. Photo ini diambil pada 27 Disember 2015...


Husband calling 

Berdasarkan Plot number dalam plan, mungkin inilah rumahku

Jalan masuk dari arah kiri rumah 

Jalan masuk dari arah kanan rumah

view

privacy juga sebab ada lorong

privacy juga sebab berhadapan dengan lorong dan end lot

Saya berharap dapat pulang ke negeri kelahiran dan tempat membesar iaitu Kedah,
Plan awal tahun 2019 going back to Kedah with age 32 years old
supaya dapat berbakti kepada kedua ibu bapa dan mendapat keselesaan hidup dan menjalani hidup tanpa ditindas seperti hidup di kota ini...he he

Aamiinn