Thursday, February 6, 2020

Servis/maintenance ASTRO, Water Filter, Elektrik, Fibre Broadband, CCTV, Area Kota Damansara/Subang Bestari/Subang Perdana/Sg Buloh/Klang Valley

Anda mengalami masalah Astro?
Anda ingin servis Water filter?
Anda ingin Troubleshoot elektrik?
Nak pasang CCTV?
Nak pasang akses kad pintu macam hotel?
Anda ingin pasang internet, fibre broadband? UNIFI, TIME, MAXIS
Nak pasang Water Filter

Hubungi saya, Faiz Radi di 011 3355 1520 atau www.wasap.my/601133551520 atau admin 0134002356

Tuesday, February 4, 2020

Being a Lecturer @ Pegawai Penilai

My Career Journey..."It is a journey....not a destination"...

Mei 2011, habis belajar,
Ogos - September 2011, E-Educator USM,
September 2011 - Oktober 2011 - Guru Ganti SMK Perlis,
Oktober 2011, Konvokesyen Bachelor's Degree
November 2011 - Julai 2018, Editor di Sasbadi
Ogos 2018 - November 2018, Kursus VTO, IPT Skills,
Disember 2018 - Mei 2019, Internship Pengajar, Ikon Technical Academy,
Jun 2019 - Febuari 2020, Editor di Pan Asia
Oktober 2019, Konvokesyen Master's degree
Mac 2020 - Present, Pegawai Penilai @ Pengajar a.k.a Lecturer, Dika College, Puchong, insyaAllah...

Alhamdulillah,,,syukur kepada Allah


Thursday, January 9, 2020

Master of Science in Mathematics Education UiTM

Assalamualaikum,

Bagaimana boleh sambung Master setelah lama bekerja?,. Kisahnya, aku konvokesyen Bachelor degree oktober 2011, november 2011 aku masuk kerja. Dan memang la penah sembang2 dengan member serumah sewa around tahun 2012/2013, ajak member, ''wei, jom sambung master'', sekadar main2 di mulut.

Dan, kemuncaknya pada oktober 2016, ada satu 'booster (bos ca ya nun alip pandang rendah, gaji naik ciput' yang buat aku terus buka website ipsis uitm, terpapar postgraduate utk intake mac 2017, dan pembelian nombor pin telah pun dibuka, i terus pegi BSN bank (lunch hour) beli nombor pin RM50 dan isi online untuk apply master. Disember 2016 interview dan lulus dan kemudian aku masuk untuk intake mac 2017 dan bermulah lah kelas (Kerja sambil Belajar)

Apakah cabaran-cabarannya? Sudah tentu mencabar dari segi membahagikan masa, nak buat assignment, jumpa supervisor, buat article review dan etc. sangat mencabar sebab dah ada komitmen dengan anak, suami, mertua, mak ayah, pekerja dan macam2 lah. macam takdak life la..kalau keluar jalan2,..kepala otak fikir kerja assignment tak siap, huhu,

Kami adalah first batch untuk course ini. Daripada 20+ orang, dan graduate on time hanyalah kami 6 orang, yang lain ada yang berhenti, dan ada beberapa orang masih belum habis, insyaAllah nanti habis la tu...yang penting habiskan apa yang kamu mulakan.....

Best tak belajar? Best sebab bila belajar makin tinggi, makin luas ilmu ni sebenarnya dan banyak sangat cabang ilmu, sedar diri banyak benda yang tak tahu. yang belajar tu se'coet' je...segan nak bgtau ada Master, nanti orang anggap pandai, sebenarnya diri ni biasa saja, semuanya dengan bantuan Allah sudah tentunya dapat habiskan GOT.

Bagi yang sedang sambung belajar, tak kisah lah part time atau full time, ingat satu benda, bukan kebijaksanaan yang menentukan anda habiskan pengajian, tetapi semangat anda, mental anda, kepercayaan anda pada diri sendiri dan juga kebergantungan sepenuhnya kepada Allah dan niatkan belajar sebab nak ILMU....sekian

Wednesday, September 25, 2019

First pregnancy Jun2014

Alkisahnya, my husband diagnosed with a hypertyroid after 3 months kawen. Setelah di research, yang ada masalah tiroid, ia mengganggu hormon di dalam badan, (melibatkan sistem endokrin) and sedikit sebanyak memepengaruhi kualiti sperms, link ini ada menceritakan ganngguan hormon menyebabkan infertility. https://www.utusan.com.my/mega/kesihatan/mengapa-lelaki-tidak-subur-1.700138.

Kemudian, i search supplement untuk stabilkan sistem endokrin dan jumpa la Kington Isotonic (Elken). Beli harga RM273, 2 kotak rasanya ada 30 ampoules, suruh husband makan. Kemudian in June 2014, sah hamil, Alhamdulillah. Itulah pengalaman sendiri hamil anak yang pertama dengan izinNya. Dan....sekarang tahun 2019, struggle untuk anak kedua, kenapa 2019, sebab 2017-2018 tengah struggle habiskan study part time.

Sila cuba lagi. Jangan pernah putus asa dengan rahmatNya.

''Allah akan bagi apabila sudah bersedia. Allah akan bagi tepat pada masanya''. Question diri balik, kenapa sekarang bukan masa yang tepat? mungkin, faktor financial, faktor takleh sabar, faktor tak redha dgn pasangan, faktor gaduh hari-hari, faktor peranan pada keluarga dan macam2 lagi lah....adakalanya terfikir, betullah, sebab tu Allah tak bagi lagi kat aku......

Wednesday, September 11, 2019

Hatyai, Januari 2018

GBY

Short Trip Naik Tren dari Padang Besar ke Hatyai

Ada dua trip sahaja, 8.55 pagi & 2.40 petang (waktu Thai)
Waktu Malaysia 9.55 pg & 3.40 ptg

Balik dari Hatyai train tengahari,

7.30 pagi (8.30 malaysia), 1 .05 petang (2.05 ptg malaysia)

18/1/2018 - 19/2/2018

-THB460 tiket tren (pergi balik Hatyai-Padang Besar untuk 4 org dewasa)
sorang 50 baht pergi,
-THB500 tuk tuk (naik pergi floating market ja)
-RM83+semalam@THB670 hotel (Silom Boutique Hotel)

kat sana area town/pusat bandar jalan kaki pakai  maps.me


Trip to Koh Lipe, Thailand, June 2017

GBY (Go by Yourself)

Masuk negara orang dengan kereta:

28/6/2017 - 30/6/2017

Border Wang Kelian:
Beli insurans di Jalan Changloon (Kedai-kedai tepi jalan RM18/seminggu)
Kalau naik kereta nama orang lain, buat surat rasmi surat kebenaran dari owner, (I pakai kereta adik),
RM2/arrival card /head
RM50 minyak fuel tank myvi (isi sesiap di malaysia)
Ticket boat pergi balik THB1000, RM125++/head,
(WhatsApp +66887553209 https://wa.me/66830948948 Facebook: Cjs Karlisa Latisya Page FB : Cikgu Joe Satun Email: karlisahalim@gmail.com) untuk contact beli tiket boat

Entrance Fees: THB20, RM2++
Gecko Lipe Resort, Resort 3 days 2 nights = MYR138.02 (agoda je)

Culture learned: Macam masuk kampung siam, tak banyak muslim, anjing banyak kat pantai-pantai, ulat-ulat hitam kuning tu banyak kat pasir pantai

Total asas transportation + hotel = RM230/pax (setelah di bahagi kepada dua orang)

Friday, August 23, 2019

Perihal anak kedua

Assalamualaikum,

Just ingin menaip, perihal anak kedua. Orang sekeliling duk question taknak tambah anak ke, sapa tak nak anak ui,,,anak tu rezeki, makna kata kalau rezeki semua Dia yang bagi, Buat masa ni, Dia takmau bagi lagi, mungkin sebab baru kerja balik, financial tak stabil, emosi tak stabil dan sebagainya, hahah.

Baru habis belajar master bulan dua 2019, baru habis belajar praktikal mengajar (VTO), bulan 5, baru masuk kerja balik bulan 6. Sapa taknak, serius nak la sebab anak first pun dah makin pandai urus diri. Cepat sangat ko besar ye nak...

Anak first dulu lekat asbab suami minum Kington Isotonik Elken, masa tu beli 30 ampoules rm273, suami ada tiroid, efek pada fertility because of unbalance hormon dengan izin Allah juga lah, Okay,,,,nak kena spend duit beli Kington lagi lah ni,..... Doa-doakan dpt anak lelaki yang kedua ni, aamiinn