Thursday, November 11, 2021

Interview guru CoS 2021

 Salam sejahtera


Sedikit pengalaman tentang menghadiri interview untuk Guru Contract of Service 2021.

permohonan dibuka bulan september 2021.

Semasa permohonan, tawaran opsyen hanya pendidikan khas menengah dan pendidikan khas rendah. Jadi sis pilih PK menengah sebagai opsyen pertama dan PK rendah sebagai opsyen kedua. Opsyen PK sahaja ditawarkan berdasarkan kelayakan ijazah sarjana muda sis. iaitu ISM Sains Fizik. Kronologinya...

13.10.2021 menduduki ujian eUKCG.

28.10.2021 keputusan eUKCG - lulus alhamdulillah....

Ditawar temuduga pada 9.11.2021 (temuduga online melalui google meet)

Merangkumi:

1 minit pengenalan diri

6 minit pernyataan hasrat

3 minit mock teaching

Selesai.....

Keputusan interview bakal keluar pada hujung bulan november ini atau awal disember 2021.

Tuesday, April 20, 2021

Bagaimana nak pos motorsikal guna Poslaju

 Kos anggaran RM169 (harga bukan student)

1. Pergi ke Pos laju terdekat dengan penempatan anda, dan 

2. Semak lokasi Pos laju terdekat dengan tempat/destinasi yang nak dihantar.

Contoh: Lokasi Poslaju Kota Damansara hantar ke Poslaju Kulim (paling dekat dengan destinasi Padang Serai).

3. Dokumen jangan lupa bawa,  1. Salinan IC, 2. Salinan Geran, 3. Salinan Roadtax (roadtax mati pun takpa kalau lokasi semenanjung)

4. Tempoh delivery(motor dianggarkan sampai) - 14 hari bekerja.

5. Nanti dah sampai, Poslaju tersebut akan call untuk pickup di poslaju tersebut.

Sekian.

Bagaimana nak Keluar duit Public Mutual

 Assalamualaikum


Hari ni saya nak berkongsi macam mana nak keluarkan duit dari PM. 

1.  Bawa IC je, ambik nombor giliran, pergi ke kaunter. 

2. Nanti staf akan semak menggunakan IC kita, dan dia akan minta no akaun yang kita nak transfer duit tu.  Kemudian, ikut lah prosedur selanjutnya. 

Staf akan bagitahu proses withdraw dalam tempoh 10 hari. Siap, itu saja...Tunggu je duit masuk. Sekian, terima kasih.

Tuesday, February 9, 2021

MARY KAY BEAUTY CONSULTANT SIK KEDAH

Mary Kay Beauty Consultant 2021

#MaryKaySik

#MaryKayKotaDamansara

Hai, I just joined membership of MK this january 2021.

Those yang nak dapatkan consultation atau beli produk MK, boleh pm sis ya.

Memang tak tipu keberkesanan produk MK ni.

Dan kalau join member, boleh dapatkan diskaun produk dari 20% hingga 40% (with minimum points).

Jadi, jom guna produk MK. Nak risik risik harga pun boleh.

Ni testimoni muka sendiri, belum sebulan pakai set skincare Timewise 3D.


wasap sis www.wasap.my/60134002356

Thursday, October 15, 2020

Happy news! Second Pregnancy Oct2020

 Salam

Berita gembira, bakal ada khalifah baru.

Setelah 1 tahun lebih mencuba

Akhirnya, bulan 10, 2020 dapat berita gembira. Barangkali Allah bagi hadiah for my birthday 19/10/1987 and husb birthday 20/10/1987. Alhamdulillah.


Ikhtiar?

Mcm2 sudah, dan last effort, i try kuruskan badan, minum teh + halia, buang angin. Makan B complex Shaklee start bulan 8,

Kebetulan jatuh Kuda, awal bulan 9, dan panggil orang datang mengurut selepas jatuh tu....

Dan sebelum itu,  Mimpi Positif UPT, namun setelah terjaga, mimpi rupanya. tapi perasaan seolah yakin yang diri ni pregnant, sebab dulu anak first pun, mimpi pregnant juga sebelum tu. Sedangkan  tidak memikirkan sedikit pun ketika hendak tidur.

Dan alhamdulillah, on 11 October 2020,  check UPT, positif. Syukur kepada Allah, kerana Allah memakbulkan permintaanku. Nangis syukur dan terharu kerana Allah menjawab dan memberi at the right time.



Begitulah, jangan pernah putus asa, dan bersangka baik dengan Allah.

Expected Due Date 19/6/2021. Doakan semoga semuanya dipermudahkan.

Alhamdulillah...

Thursday, April 9, 2020

Padang-Bukit Tinggi, Indonesia

Tak sabar nak travel, travel untuk tengok culture orang and learn from it (ambil yang baik-baik)

Tengah riki-riki hotel, supir,

Total up

Tiket flight air asia dapat harga RM402 (pergi balik) : untuk 3 orang
Hotel Bambossa Bukit Tinggi , dua malam RM130++ : untuk 3 orang
Hotel Ibis, Padang, 1 malam RM150++ : untuk 3 orang
Supir untuk 4 hari RM623++  = 2 100 000 rupiah : untuk 3 orang

Total bahagi 3 orang = RM434++ untuk kos overhead / seorang

Selebihnya makan dan shopping.

Makan murah juga, ikan kaloi bakar........nasi padang......budaya mereka hidang banyak banyak, nanti bayar yang kita makan saja......

Ni itinerary yang Pak Supir bagi,
Here is itinerary for Minangkabau tour 4d3n  :

Day 1
Pickup at Padang airport
Lembah anai waterfall - view cantik
Pandai sikek village - lalu ja
Lawang park : View cantik
Kelok 44 : tak pg
Lake Maninjau : cantik
Stay in Bukittinggi Hotel

Day 2
Clock tower: Ambil gambar je
Sianok canyon : x pg
Japan cave: x pg
Limpapeh bridge : lalu ja
Fort de cock casttle: lalu ja
Bung hatta house: lalu ja
Lower market: lalu ja
Stay in Bukittinggi hotel

Day 3
Harau valley: Cantik lembah
Payakumbuh waterfall: cantik , naik rakit
Ngalau cave: x pg
Pagaruyung palace: sewa baju RM 10 atau 35 000 rupiah
Kopi kiniko: minum air kopi kawa ka
Batu angkek angkek: x pg
Stay in padang hotel

Day 4
Transfer to Padang airport

Total price 2.100.000
3 x 650.000
1x  150 000

Include car,petrol, accommodation for driver
Exclude meal for driver,parking fee,entrance tourism ticket

bayar untuk supir, tapi masa makan, kadang2 ada belanjanya makan, kadang2 belanja sendiri....

shopping kain tenun, kain sulam,

Benda yang tak suka: budaya meminta duit parking,,,,, sekali minta 3000/ 4000/ 5000, walaupun berhenti kedai runcit sekejap, kena bayar duit parking....hahaha


Thursday, February 20, 2020

Fertility Checking Mary Eve Clinic Setia Alam

Salam semua,

Hari ni nak cerita pasal fertility checking, tak banyak kan pendedahan pasal ni....Memandangkan lebih dari setahun mencuba kan, jadi kadang terfikir, ok tak aku ni, ka pasangan aku? Jadi, pergi lah ke:

Mary Eve Clinic Setia Alam, booking thru facebook, masa tu promotion RM99 sahaja...(ultrasound scanning + consultation)

Best klinik ni....ala-ala hotel giteww.....Pergi lah guys....

Mula ingat scan ultrasound biasa (just scan atas perut),...rupanya yang inside checking, insert the tools,....uwaa....tapi redha ja la,...dah nak check kan....huhuh

Keputusannya, alhamdulillah,,,,tiada apa masalah,....Dr said need to check partner, takut punca dari tiroid tu......Then Dr cakap RM80 untuk seminal analysis (klinik yang sama).....jadi nanti kita buat,....insyaAllah....Updated: Dah buat seminal analysis, pun tiada apa2 masalah, sperm okay saja, jadi dapat simpulkan, belum rezeki Allah nak bagi.

Ok, kalau nak check di government hospital, kita ada tanya member procedure macam mana (sebab dia ada buat fertility checking di gov hosp), dia cakap pergi je bahagian O & G dan bagitau nak buat appointment untuk fertility check up....lepas tu follow je procedure seterusnya.....ofkos murah, cuma waiting time yang lama sikit la. 

Tapi, ok je bagi yang ada masa, ok, itu ja input yang tahu, pasal check up fertility di gov hosp.

Sekian.